English
POLISI SULIT - AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
Kami, Loh & Loh Corporation Berhad menghormati hak privasi anda dan berusaha untuk melindungi data-data peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami. Kami diikat dan berusaha untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Data-Data Peribadi
  1. Data peribadi yang diproses oleh pihak kami termasuk nama, nombor kad pengenalan (No. KP), kewarganegaraan, nombor telefon, alamat, pekerjaan, tarikh lahir, status perkahwinan, alamat e-mel, maklumat akaun bank, slip gaji, maklumat Borang EA yang diberikan oleh anda dalam dokumen-dokumen seperti yang ditetapkan dalam perenggan 4 Notis ini dan semua butir-butir lain yang berkaitan dengannya.
Pemprosesan Data-Data Peribadi
  1. Kami sedang memproses data peribadi anda, termasuk apa-apa maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kemudian untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan-Tujuan”);
    • Proses penilaian permohonan anda boleh dipertimbangkan untuk pekerjaan atau mendapatkan tajaan pembelajaran daripada kami
    • Bagi urusan-urusan pentadbiran
    • Untuk memahami keperluan anda
    • Untuk memproses transaksi pembayaran anda
    • Untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda
    • Untuk analisis statistic
    • Untuk tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan
    • Untuk tujuan komunikasi, hal ehwal korporat dan penjenamaan kami termasuk penerbitan bahan bercetak dalaman seperti bulletin “FOCUS”, laman web dan/atau media elektronik kepunyaan kami serta di dalam mana-mana bahan bercetak dan/atau media elektronik kepunyaan pihak-pihak luar
    • Bagi mematuhi Akta Syarikat 1965
    • Membantu anda berhubung dengan apa-apa permohonan insurans
    • Untuk tujuan tadbir urus korporat kami
    • Memudahkan mana-mana pemeriksaan yang kami lakukan atau oleh mana-mana oihak ketiga ke atas anda dari semasa ke semasa;
    • Membantu mana-mana agensi kerajaan atau biro-biro termasuk bagi tujuan penyiasatan polis atau pengawalseliaan
    • Memudahkan pematuhan anda dengan mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan yang berkaitan dengan anda
    • Menghubungi anda dan menjawab pertanyaan anda
    • Menjalankan aktiviti-aktiviti dalaman atau apa-apa tujuan lain yang berkaitan dengan perkara di atas.
  2. Data peribadi yang diproses oleh pihak kami merangkumi segala maklumat yang anda berikan dalam semua borang permohonan/pendaftaran, e-mel dan maklumat yang mungkin anda berikan kepada kami dari semasa ke semasa , dan daripada pihak ketiga seperti bank dan syarikat insurans.
  3. Sekiranya anda gagal untuk membekalkan kami dengan data peribadi tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses dan/atau memberikan data peribadi anda bagi mana-mana Tujuan-Tujuan tersebut di atas.
Prinsip Melindungi Data-Data Peribadi
  1. Sila maklum bahawa data peribadi anda boleh disebarkan, didedahkan atau dipindahkan kepada syarikat-syarikat di dalm Kumpulan LLCB (termasuk syarikat induk, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat yang berkaitan dan syarikat-syarikat sekutu mereka tempatan dan juga antarabangsa), samada pada masa sekarang atau pada masa hadapan (secara kolektif) atau kepada mana-mana organisasi pihak ketiga bertujuan memenuhi tanggungjawab kami kepada anda berkaitan dengan Tujuan-Tujuan tersebut dan juga tujuan-tujuan yang berkaitan dengan Tujuan-Tujuan tersebut serta dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan bersepadu, penyelenggaraan dan penyimpanan rekod-rekod.
  2. Kami menghormati privasi maklumat peribadi anda dan beriltizam dalam memastikan data peribadi anda adalah dirahsiakan, dilindungi, selamat dan tepat. Oleh yang demikian, anda adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
  3. Kami ingin meminta kerjasama anda untuk mendapatkan kebenaran pihak-pihak ketiga yang anda telah berikan data peribadi mereka kepada kami dan anda bersetuju untuk membuat demikian.
  4. Jikalau anda di bawah umur 18 tahun, sila perolehi kebenaran daripada ibubapa atau penjaga yang sah sebelum menggunakan khidmat kami.
  5. Anda boleh memasuki dan memohon untuk membuat pembetulan data peribadi anda serta menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda seperti berikut:
    Designation of the contact Human Resource Department
    No. Telefon: 03 – 6201 3888
    No. Fax: 03 – 6201 9193
    Alamat E-mail: evelyn@loh-loh.com.my
    Sebarang permintaan untuk melaksanakan hak-hak anda akan ditadbir mengikut Akta berkenaan. Sila dimaklumkan bahawa selaras dengan Akta berkenaan, permintaan anda boleh ditolak dalam keadaan-keadaan tertentu.
Data-Data Peribadi yang Sensitif
  1. Kami akan memproses data-data peribadi yang sensitive selepas mendapat kebenaran daripada anda seperti yang dikehendaki oleh undang-undang Malaysia.
Syarikat berhak untuk menyemak semula dan/atau meminda polisi privasi ini dari masa ke semasa dan akan memaklumkan mengenai perubahan sedemikian bersama dengan Dasar yang telah dikemas kini di laman sesawang Syarikat, dan/atau lain-lain bentuk komunikasi yang sewajarnya bagaimana yang akan ditentukan oleh syarikat.
Tiada apa pun dalam Notis ini yang akan mengehadkan hak-hak Syarikat, anda dan Organisasi anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Sekiranya terdapat sebarang ketidaksamaan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia ke atas Notis ini, maka versi Bahasa Inggeris akan digunakan.